"Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu'), maka balasannya ialah syurga Harir"
- Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.
- Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.
- Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hari raya korban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.
Khasiat Ayat 1-2:
- Ayat ini jika dibaca 7 kali selepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.
Disusun Oleh:Ustaz Mohd Fadhil Bin AriffinKitab Rujukan1. Syeikh Mohd Fadil Ma'min, Na'tul Bidayat2. Syeikh Ahmad Ad-Dairabi, Fathul Malik3. Syeikh Haqqi Nazili, Khazinatul Asrar4. Syeikh Al-Buni, Syamsul Maarif5. Syeikh Abdullah Al-Yafii, Ad-Durrun Nazhim6. Haji Nik Mahmud (Dato' Perdana Menteri Paduka Raja), Pati Rahsia7. Al-Imam Al-Ghazali, At-Tibb Ar-Ruhani8. Sidi Abu Al-Hasan As-Syazili, As-Sirrul Jalil9. Fathur Rahmanir Rahim, Sidi Ahmad Ar-Rifai10. Doa dan Zikir Rasulullah S.A.W - H. Furqan Ahmad Ansari11. Sa'adatud Darain, Al-Arifbillah Syeikh Yusof An-Nabhani
No comments