Ads

Random Posts

Powered by Blogger.

BERITA

SUDUT ILMIAH

POSTER

PHOTO

Racing

News

POSTER

» » » 4 Jenis Malaikat Yang Muncul Semasa Manusia Nazak



Ketika manusia berjuang untuk menghadapi sakaratul maut, 4 jenis Malaikat yang akan muncul adalah:

1.   Malaikat pemberi rezeki akan memberi salam dan berkata:


"Akulah yang ditugaskan untuk memberi rezekimu, samada di timur dan barat bumi ini. Maka sudah sampai saat aku tidak dapat memberi rezeki lagi kepadamu walau sesuap rezeki pun".

2.  Malaikat yang mengurus makan dan minum memberi salam dan berkata:

"Akulah yang menguruskan makan dan minummu dan sebagainya samada kamu berada di timur atau barat muka bumi ini. Pada masa ini aku tidak dapat memberi kamu minum walau seteguk air pun"

3.  Malaikat yang memberi nafas memberi salam dan berkata:

"Akulah yang mengurus segala pernafasanmu semasa kamu berada di timur dan barat muka bumi ini. Aku tidak lagi dibenarkan memberi kepadamu walau satu nafas daripada nafas-nafasmu apabila ajal tiba"

4.  Malaikat ajal memberi salam dan berkata:

"Akulah yang mengurus ajalmu dan sentiasa bersamamu semasa kamu berada di timur dan barat muka bumi ini. Kini aku akan mengambil ajalmu"

Apabila 4 Malaikat telah selesai bertemu dengan insan yang nazak, maka Kiraman Katibin akan membentang segala amalan yang telah diusahakan semasa hayat di dunia. Samada usaha bersungguh-sungguh ke arah melakukan kebaikan atau usaha bersungguh-sungguh untuk melakukan kemungkaran, semua Kiramank Katibin akan timbang dengan sebaik-baik timbangan agar serasi dengan sifat Allah SWT Yang Maha Adil.

About SURAU AL-HUSNA, TAMAN SELASIH GOMBAK

Blog Surau AL-Husna DiBina oleh AJK ICT Surau Al-Husna, Taman Selasih Fasa 1, Gombak Selangor. Semoga dengan ada Blog ini menjadi tempat Informasi Aktiviti-Aktiviti Surau serta Boleh mendalami ilmu-ilmu agama dan juga pelbagai info.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply