Ads

Random Posts

Powered by Blogger.

BERITA

SUDUT ILMIAH

POSTER

PHOTO

Racing

News

POSTER

» » Tasbih Unttuk Menghilangkan Was-Was


Maha Suci Tuhan yang memiliki, Tuhan yang Maha Kudus, Tuhan yang menjadikan dan memperbuat. Jika Dia mengkehendaki, dihilangkanNya dan digantiNya dengan kejadian yang baru. Tidaklah yang demikian itu menyusahkan bagi ALLAH S.W.T


Keterangan :

Seorang lelaki bernama Abil Hassan tertimpa rasa was-was dalam setiap kali mengerjakan wuduk. Hal ini diterangkan kepada gurunya yang bernama Abu Abbas Al-Marisi, dengan pengharapan kiranya mendapat petunjuk untuk menghilangkannya.

Abu Abbas berkata: “Inilah orang yang bermain dengan syaitan, bukan syaitan yang mempermainkannya.”

Hanya perkataan itulah yang diucapkan oleh guru itu kepada muridnya, tetapi dalam perkataan itu terkandung pengertian, janganlah memberikan kesempatan pada syaitan untuk bermain dalam hati, tetapi kuatkanlah hati bahawa syaitan tidak dapat membuat was-was dalam hati yang yakin.

Beberapa hari kemudian Abil Hassan ditanya lagi oleh gurunya tentang was-was yang menimpa dirinya. Abil Hassan menjelaskan bahawa was-was itu masih tetap ada. Kemudian gurunya berkata “ Ucapkanlah kalimat tasbih ini berulang kali dan yakinlah dalam hati bahawa Tuhan lebih kuat daripada syaitan.” “ Bila was-was itu juga ternyata tidak hilang, selama itu janganlah engkau datang ke mari.”


Abil Hassan melaksanakan apa yang disarankan oleh gurunya itu dalam beberapa waktu dan akhirnya dia berhasil dengan usahanya itu. Kemudian disa menjelaskan kepada gurunya bahawa pada mulanya mengalami kesulitan besar tetapi dengan berkat ketabahan dan keyakinan hati akhirnya was-was itu hilang sama sekali.


(Dipetik dari kitab Syarah Hikam Ibnu Ubbad juz 11 halaman 17)

About SURAU AL-HUSNA, TAMAN SELASIH GOMBAK

Blog Surau AL-Husna DiBina oleh AJK ICT Surau Al-Husna, Taman Selasih Fasa 1, Gombak Selangor. Semoga dengan ada Blog ini menjadi tempat Informasi Aktiviti-Aktiviti Surau serta Boleh mendalami ilmu-ilmu agama dan juga pelbagai info.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply