Ads

Random Posts

Powered by Blogger.

BERITA

SUDUT ILMIAH

POSTER

PHOTO

Racing

News

POSTER

» » Amaran Kematian & Kisah Orang Takut Mati

Amaran Kematian

Beruntunglah orang yang diberi peringatan olah Allah tentang kematiannya. Beruntunglah orang yang diberi amaran, diberi notris oleh Allah. Mari kita fikirkan lima notis tersebut.
    1. Apabila ubannya sudah bertabur
    2. Apabila mata telah kabur
    3. Apabila gigi sudah gugur
    4. Apabila kulit telah kendur
    5. Apabila rumah kata "pergi", "mari sini" kata kubur
Siapa yang sudah ada lima notis Allah ini, jaga-jaga!!! Itu merupakan amaran Allah kepada kita bahawa kematian telah hampir. Sebab itu, kita tidak boleh mencabut segala uban-uban yang ada pada kita. Jangan dicabut. Itu adalah notis dari Allah.

Kata Rasulullah S.A.W, jaga-jaga siapa yang umurnya antara 60-70. Umur kita ini terdiri dari beberapa tingkatan:

Belasan Tahun - 25 Tahun
Inilah peringkat umur yang penuh harapan untuk naik terus. Begitulah kebiasaannya, tetapi kuasa Allah kita tidak tahu. Mumbang pun luruh juga

Umur 25 - 40 tahun
Ini adalah peringkat umur yang sederhana, tidak naik tidak turun

Umur 40-60 tahun
Bila telah sampai umur seseorang ke peringkat 40 tahun, jaga-jaga!!!. Inilah peringkat umur penentuan. Peringkat inilah kita dapat menentukan bagi seseorang itu beribadat atau tidak.
Apabila seseorang telah mencapai umur 40 tahun, sembahyangnya baik, insyaAllah, sampai matilah dia sembahyang. Tetapi apabila umur sudah 40 tahun tidak sembahyang juga, ada harapan tidak sembahyang terus. Umur 40 itu adalah umur penentuan. Sebab itulah Rasulullah dilantik sebagai Rasul dalam peringkat umur 40 tahun. Inilah peringkat umur yang matang.

Umur 60-70 tahun
Inilah peringkat umur bahaya. Rasulullah S.A.W wafat hanya dalam usia 63 tahun sahaja. Tapi malangnya ada orang yang telah mencapai umur 60 tahun masih lagi belum sedar. Dia terlalu asyik memikirkan kehidupan di dunia yang fana ini sehingga tidak ingat sembahyang.

Kisah Orang Takut Mati

Kisah yang hendak diceritakan adalah mengenai seorang hamba Allah yang cuba menghindari kematian. Cerita ini terjadi pada zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman AS.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS mengadakan kenduri besar-besaran. Semua sahabat handainya dijemput. Tapi malang bagi seorang sahabat. Mengapa? Ketika orang hendak menghidangkan makanan, tahu-tahu datang seorang lagi didepannya. Dia hairan kerana orang ini tidak memberi salam kepadanya. Sudahlah tidak memberi salam, orang tersebut juga tidak menghulur tangan untuk bersalam.

Orang yang baru datang ini asyik melihat dia saja. Dia pun hairan, mengapa orang ini tengok aku? Dia betulkan letak serbannya yang tidak betul. Dia lihat kancing bajunya, tapi semua sudah berkancing. Apa lagi?

Dalam kehairanan itu, hidangan pun sampai. Dia pun basuh tangan hendak makan. Tapi hamba Allah didepannya itu tidak membasuh tangan. Dia tidak bercadang langsung hendak makan. Matanya tak berkedip sedikitpun, senyum pun tidak, apa lagi ketawa. Senyap saja.

Dia pun naik risau. Janganlah hendak makan, telan air liur pun terasa tak jalan. Takut. Akhirnya dia tak dapat makan, sampai masanya ketua hidang kata angkat, hidangan pun diangkat.

Setelah makan, semua tamu pun pulang dengan mengucapkan terima kasih dan salam. Begitulah juga orang tersebut dan berjumlah dengan nabi Sulaiman.

"Assalamulaikum"

"Waalaikum salam"

"Apa Khabar"

"Bagus, Sudah makan?" tanya Nabi Sulaiman AS.

Bagaimana dia harus menjawab pertanyaan Nabi Sulaiman ini? Hendak dijawab sudah makan padahal tidak makan. Bohong pula kepada Nabi Allah. Bila dijawab tidak makan, datang buat apa? Akhirnya dia pun berterus terang." Sebenarnya saya tidak makan"

"Menagapa kamu tidak makan. Aku jemput orang semunya untuk makan, Kamu seorang saja yang tidak makan"

"Bukan saya seorang, ada seorang lagi. Saya bercadang juga nak makan, basuh tangan. Dia basuh tangan pun tidak, asyik tengok saya. Saya pun naik takut. Gerun muka dia. Ya Nabi Allah Sulaiman, cuba beritahu saya siapakan gerangan yang engkau jemput dengan muka yang dasyat dan tidak bercakap pun?"

"Tetamu yang aku tak undang, dia datang sendiri"

"Apa? Dia datang sendiri?"

"Kalau kamu nak tahu, itulah dia malaikat maut" jelas Nabi Sulaiman AS. Patutlah tak makan, tak bercakap, rupanya malaikat maut.

"Wahai Nabi Allah Sulaiman, bolehkan kamu tolong aku?"

"Kalau yang boleh, bolehlah. Apa perkara itu?"

"Kamu seorang raja alam, tentulah kamu tahu dimana ada satu pulau yang tidak ada orang?" dia menyangka bila tidak ada orang, malaikat maut tidak ada. Sebab malaikat maut itu mencari orang.

"Adalah, tapi jauh dari sini", jawab Nabi Sulaiman AS. Bagi orang yang takut dengan malaikat maut itu, lagi jauh lagi dia suka.

"Kalau begitu baiklah, pejamkan mata kamu"

Dia pun pejamkan. Maklumlah, Nabi Sulaiman, dia boleh perintah angin dan jin. Celik-celik sampailah dia disebuah pulau yang tidak ada orang. Tapi yang ada didepannya adalah malaikat maut tadi dengan malaikat maut hairan melihat dia.

Pasal apa malaikat maut hairan melihat dia tadi? Sebabnya malaikat maut tahu, inilah orangnya yang akan dicabut nyawanya 40 minit dari sekarang disatu pulau yang tidak ada orang. Tapi mengapa sebelum itu orang tersebut berada di rumah Nabi Sulaiman AS. Bolehkah dia pergi dalam masa 40 minit ke sebuah pulau yang beribu batu jauhnya itu?

Tapi tak apalah, itu bukan soal aku, kata malaikat maut. Soal Aku, aku mesti taat menjunjung segala titah perintah Allah SWT. Allah Taala perintah aku cabut nyawa dia di satu pulau yang tidak ada orang. Aku tunggu disana.

Tapi mana boleh orang tersebut tidak datang. Dia mesti datang sebab Allah berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang telah kamu lakukan (serta membalasnya) - Al-Quran surah Al-Jumu'ah ayat 8.

Jangan cuba hendak lari dari mati. Kematian akan datang juga ditempat pelarian itu.
Kematian tidak dapat dielakkan.

MATI ITU BENAR.






About SURAU AL-HUSNA, TAMAN SELASIH GOMBAK

Blog Surau AL-Husna DiBina oleh AJK ICT Surau Al-Husna, Taman Selasih Fasa 1, Gombak Selangor. Semoga dengan ada Blog ini menjadi tempat Informasi Aktiviti-Aktiviti Surau serta Boleh mendalami ilmu-ilmu agama dan juga pelbagai info.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply