Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah,setelah sekian lama menanti, akhirnya beberapa hari lagi bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak muncul menemui kita lagi ditahun ini.Semoga keberkatan bulan ini menjadi pembakar semangat kepada kita semua untuk mengumpul seberapa banyak amalan yang termampu untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.
Menceritakan tentang bulan Ramadhan yang hanya muncul setahun sekali, pasti ada diantara anda yang lupa dengan niat berpuasa dan berbuka puasa bukan?Bagi yang mengingati niat pula, mungkin entri ini membantu anda untuk lebih mengingati..
LAFAZ NIAT PUASA
a. Lafaz Niat Puasa Ramadhan Untuk Harian
Waktu untuk berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu bila telah masuk waktu sembahyang fardhu maghrib sehinggalah terbit fajar shadiq ( waktu subuh). Oleh itu dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka. Ini untuk niat Puasa Harian.
b. Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan
Untuk niat puasa sebulan perlulah membaca niat puasa tersebut sebelum puasa Ramadhan yang pertama yakni dibaca selepas fardhu maghrib hinggalah sebelum masuknya waktu subuh. Niat puasa sebulan ini hanya perlu dibaca sekali sahaja dan jika anda tidak membaca atau terlupa membaca niat puasa harian, puasa anda tetap sah kerana anda telah berniat puasa untuk sebulan.
LAFAZ DOA BEBUKA PUASA
Kemanisan berpuasa sudah tentu ketika dapat bersyukur berbuka puasa bersama mereka yang tersayang. Namun demikian haruslah kita bersyukur dengan rezeki yang ada dengan membaca doa berbuka puasa.
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabir r.a. daripada Nabi SAW bersabda:
"Jika seseorang daripada kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci." (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa orang Islam yang berpuasa disunatkan berbuka dengan buah kurma atau air biasa jika ketiadaan buah kurma. Inilah tertib atau sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Hikmah kita disunatkan berbuka dengan buah tamar ialah kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberi tenaga segera kepada badan.
Justeru itu, sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah SWT, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat ALLH SWT di dunia dan juga di akhirat.
No comments