Dirawayatkan dari Saidini Abdullah bin Abbas r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bersabda:
"Sepuluh golongan umatku tidak akan masuk syurga kecuali mereka yang bertaubat iaitu: Al-Qalla', al-Juyyuf, al-Qattat, al-Daibub, al-Dayyus, pemilik Artabah, pemilik Kubah, 'Utul, Zanim dan orang yang derhaka kepada kedua orang tuannya"
Selanjutnya dalam kaitan hadis ini Ibnu Abbas menyatakan:
"Lalu ada yang bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan al-Qalla' itu?" Baginda menjawab" "Orang yang berjalan dihadapan para penguasa. "Apa yang dimaksud al-Juyyuf?" Baginda menjawa: "Pencuri kubur" "Apa yang dimasukan Al-Qattat?" Baginda menjawab: "Orang yang suka mengadu domba." "Apa yang dimaksudkan al-Daibub?" Baginda menjawab: "Orang yang mengumpulkan pemudi-pemudi dirumahnya untuk berzina (untuk dilacurkan)." "Apa yang dimaksudkan al-Dayyus?" Baginda menjawab: "Orang yang tidak cemburu terhadap keluarganya." "Apa yang mempunyai Artabah?" Baginda menjawab: "Orang yang memukul dram (muzik)." "Apa yang dimaksud mempunyai Kubah?" " Baginda menjawab: "Orang yang memukul gendang" "Apa yang dimaksud 'Utul?" Baginda menjawab: "Orang yang tidak memaafkan dosa dan tidak menerima ampun." "Apa yang dimaksud Zanim?" Baginda menjawab: "Orang yang dilahirkan dari zina dan tidak duduk ditengah jalan sambil mengumpat orang lain"
Berkaitan dengan penjelasan tentang al-Jayyuf, sebahagian ulama' salaf bercerita sepertimana berikut:
"Dinegeri mereka, hiduplah seorang Jayyuf (pembongkar kubur untuk dicuri isinya) yang telah dikenali oleh mereka. Seorang Qadhi yang soleh, dikala merasa telah mendekati ajalnya sempat memanggil si Jayyuf seraya berpesan: "Saya dengar engkau suka membongkar kubur. Tetapi di hari ini, saya merasa telah dekat dengan ajal. Untuk biaya kafan dan sebagainya, telah aku sediakan sebesar sekian. Ambillah ini, tetapi jangan engkau bongkar kuburku nanti"
Kemudian si Jayyuf itu menjawab: "baiklah"
Maka pulanglah si Jayyuf ke rumahnya. Setibanya di rumah dia menceritakan pesan Qadhi itu kepada isterinya.
"Jika demikian maka berhati-hatilah, jangan engkau curi" kata isterinya.
Sebaik sahaja Qadhi tersebut meninggal dan telah dikuburkan, si Jayyuf ingin sekali untuk mencuri kain kafan Qadhi tersebut tetapi isterinya malarang. Namun si Jayyuf berkeras tidak mengindahkan larangan isterinya maka dibongkarlah kubur Qadhi tersebut. Ketika itu dia melihat Qadhi telah duduk dan disana ada dua malaikat.
Malaikat pertama berkata kepada malaikat kedua: "ciumlah kedua kakinya"
Malaikat kedua kemudian mencium kaki Qadhi, katanya: "Tiada ada sesuatu pada kaki itu"
"Ciumlah kedua tangannya"
Kemudian malaikat kedua mencium kedua tangan Qadhi lalu dia berkata: "Dia tidak melakukan sebarang maksiat dengan kedua tangannya"
"Ciumlah kedua matanya"
Kemudian dia menciumnya dan berkata: "Mayat ini tidak melihat haram dengan kedua matanya"
"Ciumlah pendengarannya"
Kemudian dia mencium telinganya dan tidak menemui apa-apa.
Dia senyap setelah mencium telinga yang sebelahnya.
"Apa yang kamu temui?"
"Saya mencium suatu bau"
"Apakah kamu tau bau apakah itu?"
"Sesungguhnya orang tersebut hanya mendengar dengan salah satu pendengarannya kepada salah seorang yang berselisih lebih banyak daripada yang lain"
Kemudian telinga Qadhi itu membengkak dan menyemburkan api yang menjilat-jilat memenuhi kuburnya. Lalu api itu menyambar mata si Jayyuf sehingga matanya buta. Kisah ini dipetik dari kitab Qam'u al-Nufus. Wallahua'lam.
Masih ada hubung-kaitnya dengan inti perbincangan ini. Mu'az pernah suatu hari bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang firman Allah:
"iaitu hari ditiup sengkala, lalu kamu sekalian datang berbondong-bondong"
(Al-Naba':18)
Kemudian kepada sabahat Mu'az tersebut Nabai Muhammad s.a.w bersabda:
"Wahai Mu'az, kau telah menanyakan sesuatu yang amat besar"
Lebih lanjut, dengan air mata berlinangan Nabi Muhammad s,a,w menjelaskan seperti berikut:
"Akan diarak sepuluh kumpulan dari umatku dengan bermacam-macam rupa. Mereka dibezakan oleh Allah dari kumpulan orang muslim dan Allah menampakkan bentuk mereka, diantara mereka ada yang berbentuk kera, babi dan ada yang matanya buta berjalan kesana kemari. Ada juga yang tuli, bisu, tidak mempunyai akal, ada yang menggigit lidahnya sampai menjulur ke dadanya sambil mencucurkan nanah dari mulutnya yang menjijikkan orang ramai. Sebahagian lagi ada orang putus tangan dan kakinya dan sebahagian lagi ada yang disalib atau dipasung diatas daripada bau bangkai dan ada diberi pakaian berupa tar yang cair.
Adapun yang berbentuk kera adalah mereka yang suka mengadu domba.Orang yang berbentuk babi adalah pemakan riba dan yang haram. Sedangkan yang diterbalikkan kaki dan mukanya mereka adalah orang-orang yang 'ujud dengan amalnya. Orang yang menggigit lidahnya ialah para ulama' dan ahli pidato dan pembicaraannya bercanggah dengan amalnya.
Orang putus tangan dan kakinya adalah orang suka menyakiti jiran tertangga. Orang yang disalib dengan tiang api adalah orang yang suka mengadukan orang yang tidak bersalah kepada penguasa. Orang yang lebih busuk baunya daripada bangkai adalah orang-orang yang bersenang-lenang dengan syahwat dan kelazatan dan mereka tidak mahu mengeluarkan zakat. Adapun orang yang diberi pakaian dengan tar adalah orang yang takbur, sombong dan angkuh."(Diriwayatkan oleh Al-Qurthubi)
Perbuatan yang disifatkan sebagai derhaka terhadap orang tua adalah setiap perbuatan anak yang menurut ukuran umum dinilai telah menyakitkan hati kedua-dua orang tua walaupun perbuatan yang dilakukan tidak haram sekiranya diperlakukan kepada orang lain. Misalnya berpaling muka ketika berjumpa, mendahului orang tua diwaktu berjalan bersama-sama dalam suatu rombongan, sehingga nampak mengabaikan dan tidak ambil peduli ke atas keduanya.
- Terjemahan dari kitab berjudul Al-Munabbihat 'Ala al-Isti'dad liyamm al-Ma'ad karya al-Syeikh Ibn Hajar al-Asqalani (772-852 H)
No comments