Ads

Random Posts

Powered by Blogger.

BERITA

SUDUT ILMIAH

POSTER

PHOTO

Racing

News

POSTER

» » Syarat Dan Kriteria Menjadi Imam Dalam Solat Berjemaah



Untuk menjadi imam solat tidak menunggu ditunjuk dan juga bukan dengan cara berinisiatif, melainkan dengan pengetahuan yang jelas dan pasti tentang syarat dan kriteria yang lebih utama untuk menjadi imam.

Secara umum, orang yang harus dipilih jadi imam solat adalah orang yang paling mahir dalam urusan agama terutama dalam masalah solat.

Selain itu para ulama juga menyebutkan yang paling banyak hafalan Al-Quran nya, juga yang paling baik bacaannya dan lainnya.

Para ulama telah membuat beberapa peringkat untuk yang berhak menjadi imam dalam solat. Misalnya dalam madzhab Al-Hanafiyah disebutkan beberapa peringkat iaitu:

1. Orang Yang Paling Baik Bacaannya

Di antara syarat yang paling utama untuk menjadi imam dalam solat berjemaah adalah orang yang paling baik bacaannya atau disebut dengan aqra’uhum. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis beliau:

# Dari Abi Mas’ud Al-Anshari bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Yang menjadi imam solat bagi manusia adalah yang paling baik bacaan kitabullahnya (Al-Quran Al-Karim). Bila mereka semua sama kemampuannya dalam membaca Al-Quran, maka yang paling banyak pengetahuannya terhadap sunnah” (HR. Jama’ah kecuali Bukhari)


# Dari Abu Masna Al-Badri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jemaah di imami oleh yang lebih pandai membaca Kitab Allah. Jika sama-sama pandai dalam membaca Kitab Allah, maka oleh yang lebih alim tentang sunnah. Jika sama-sama pula, maka oleh yang lebih tua.” (HR. Muslim dan Abu Dawud)


Sebagian ulama mengtafsirkan bahawa yang dimaksud dengan aqra’uhum adalah yang paling faham, iaitu yang paling faham dalam masalah agama, terutama dalam masalah solat.

2. Orang Yang Paling Warak

Lalu peringkat berikutnya adalah orang yang paling warak, iaitu orang yang paling menjaga dirinya agar tidak jatuh dalam masalah syubhat.

# Dari Abi Martsad Al-ghanawi bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Rahsia diterimanya solat kamu adalah yang jadi imam (seharusnya) ulama di antara kalian. Kerana para ulama itu merupakan wakil kalian kepada Tuhan kalian.” (HR. At-Thabrani dan Al-Hakim).


# Dari Ibnu Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jadikanlah orang-orang yang terpilih di antara kamu sebagai imam; kerana mereka adalah orang-orang perantaraan kamu dengan Tuhanmu.” (HR. Ad-Daruqutni).

# “Apabila seseorang menjadi imam …, padahal di belakangnya ada orang-orang yang lebih utama daripadanya, maka semua mereka dalam kerendahan terus menerus.” (HR. Ahmad)


3. Orang Yang Lebih Tua Usianya

Peringkat berikutnya adalah yang lebih tua usianya. Dengan pertimbangan bahawa orang yang lebih tua umumnya lebih khusyuk dalam solatnya. Selain itu memang ada dasar hadis berikut:

# Hendaklah yang lebih tua diantara kalian berdua yang menjadi imam (HR. Imam yang enam).

Apabila darjat mereka semua sama, maka boleh dilakukan undian.
Maksunya bahawa syarat yang paling untuk menjadi imam itu adalah yang paling baik bacaannya dan paling faham dalam hukum-hukum solat.

4. Hal-Hal Lain Yang Perlu Diperhatikan

a) Pembesar Negara / Tuan Rumah

Imam bagi pembesar-pembesar negara (apabila solat bersama-sama mereka) & tuan rumah (kecuali jika ia izinkan yang lain sebagai imam).

# Dari Ibnu Mas’ud, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Janganlah seseorang mengimami seseorang di dalam rumah tangga orang yang di imami itu dan di dalam pemerintahannya.” (HR. Muslim, hadits shahih)

b) Kaum Yang Tidak Menyukai Kita

Janganlah mengimami suatu kaum yang tidak menyukai kita.

# Dari Abu Amir Ibnu Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Janganlah engkau mengimami suatu kaum, sedangkan mereka membencimu.” (HR. Abu Dawud).

About SURAU AL-HUSNA, TAMAN SELASIH GOMBAK

Blog Surau AL-Husna DiBina oleh AJK ICT Surau Al-Husna, Taman Selasih Fasa 1, Gombak Selangor. Semoga dengan ada Blog ini menjadi tempat Informasi Aktiviti-Aktiviti Surau serta Boleh mendalami ilmu-ilmu agama dan juga pelbagai info.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply