Ads

Random Posts

Powered by Blogger.

BERITA

SUDUT ILMIAH

POSTER

PHOTO

Racing

News

POSTER

» » Kisah Benar: Diganggu Penunggang Motosikal Yang Kemalangan


Kisah yang ingin diceritakan ini adalah kisah benar yang telah di ceritakan oleh Abang kepada seorang insan yang mempunyai kelebihan melihat benda-benda alam ghaib sejak dari kecil lagi yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa.

Permulaan peristiwa ini berlaku di satu kawasan di negeri Selangor berhampiran UIA iaitu diselekoh di jalan Sungai Pusu. Ketika itu, beliau sedang menunggang motosikal sendirian untuk pergi kerumah rakannya di Sungai Pusu. Pada malam waktu kejadian, suasana amat dingin disebabkan hujan yang baru berhenti dan ditambahkan lagi suasana sekeliling yang dipenuhi dengan pohon-pohon besar dikiri kanan jalan tersebut.

Ketika menghampiri selekoh jalan tersebut beliau memperlahankan motosikal dan pada ketika itu terdapat sebuah kereta dari arah bertentangan. Tanpa diduga sebuah motorsikal yang datang dari belakang dan memotong dengan laju dan terus melanggar kereta tersebut.  Penunggang tersebut terpelanting disebabkan pelanggaran tersebut dan apa yang mengejutkan kereta tersebut berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku.

Atas sifat kemanusiaan dan rasa simpati, beliau berhenti untuk menolong penunggang motosikal tersebut. Penunggang tersebut mengalami cedera parah di mukanya sehinggakan darah yang mengalir menutupi seluruh mukanya. Beliau tidak tahu nak buat apa lalu menahan beberapa kereta yang kebetulan lalu di jalan itu. Beliau memberitahu pemandu kereta bahawa ada kemalangan namun jawapan yang diterimanya mengejutkan beliau kerana mereka tidak nampak  ada kemalangan. Beliau menunjukkan kepada penunggang motosikal yang terbaring itu, namun mereka semua memberitahu tidak nampak apa-apa pun. Lalu pemandu2 kereta  berlalu pergi dan mengatakan beliau sudah gila.

Bertambah hairan beliau mengapa beliau seorang yang nampak, sedangnya pemandu2 kereta yang lain tidak nampak apa-apa. Ketika beliau kembali nak melihat penunggang motosikal tersebut tiba-tiba penunggang motosikal itu bersama dengan motosikalnya ghaib dengan tiba-tiba. Beliau terkejut dan perasaan seram datang dengan tiba2 kerana memikirkan mungkin dia seorang yang melihat kejadian itu. Beliau mengambil motosikal dan terus balik kerumah dan membatalkan niat untuk pergi kerumah kawan.

Ketika menunggang motosikal pulang kerumah dia perasan ada orang mengekorinya dan beliau menoleh ke belakang dan amat terkejut dimana penunggang yang kemalangan mengekori beliau. Beliau memandu dengan laju namun penunggang motosikal tersebut masih mengekorinya.

Sampai saja di rumah sebelum dia masuk ke rumah dia melihat kebelakang dan nampak penunggang motosikal tersebut masih ada. Lalu beliau berkata walaupun dengan perasaan  cemas  kepada penunggang motosikal tersebut "kamu jangan ganggu aku dan jangan masuk kedalam rumah aku."

Ketika beliau berada di dalam rumah beliau melihat penunggang motosikal masih ada di luar dan cuba masuk dengan mencakar tingkap rumah. Namun perkara itu hanya di dapat dilihat oleh beliau sahaja dan keluarga beliau tidak mengetahuinya.

Setelah 3 hari berlalu dan apabila malam menjelma, perkara yang sama berlaku dan ketika masuk hari keempat ketika beliau menonton TV, tiba-tiba penunggang motosikal itu telah masuk kerumah dan berada berhampiran adik lelaki. 

Beliau bertanya pada adiknya adakah melihat penunggang motosikal tersebut, namun adiknya memberitahu tidak melihat apa2 pun. Beliau bangun tanpa mengendahkan penunggang motosikal itu untuk pergi menunaikan solat. Ketika menunaikan solat tiba-tiba penunggang motosikal itu berada di depan beliau. 

Selesai sahaja dia solat, dengan perasaaan geram dan tanpa takut beliau bertanya kepada penunggang motosikal "aku dah lama bersabar dengan kamu, kali ini aku tak tahan sebab kamu telah menggangu hidup aku. Apa sebabnya kamu menggangu aku?"

Lalu jawablah penunggang motosikal itu “aku telah mati disebabkan kemalangan motosikal. Ketika aku kemalangan aku di dalam keadaan mabuk. Aku adalah manusia yang tidak berguna semasa hayatku dahulu. Arak bagiku satu perkara biasa. Tiada perasaan serba salah dalam diriku apabila aku meneguk arak. Mabuk tidak kira waktu juga sudah menjadi kebiasaan. Penyesalan sudah tidak berguna lagi. Kini aku perlu berhadapan dengan hukuman yang maha Esa atas kebodohan ku semasa aku hidup. Siksanya aku semasa bertarung nyawa untuk ke alam lain. Hanya satu permintaan ku, sedarkanlah sahabat seagamaku di muka bumi ini yang telah terpesong jauh dari landasan. Jauhi arak, jauhi zina kerana ia merosakkan kehidupan kita. Siksanya hukuman Tuhan di alam barzakh nanti. Mati tidak mengenal usia. Sedarlah betapa hebatnya kesan meminum arak yang boleh merosakkan hidup manusia”.

Beliau menjawab "Aku berjanji akan sebarkan beriata ini dengan syarat kamu tak ganggu aku"

Selepas beliau bercakap penunggung motosikal itu pun hilang dengan tiba-tiba.

Atas peristiwa itulah beliau memberitahu abangnya supaya ceritanya dapat disampaikan kepada orang lain.

Itulah cerita yang diberitahu kepada Admin dan ada beberapa cerita lagi yang diceritakan kepada admin mengenai kisah adik beliau.

Semoga cerita diatas menjadi pedoman kepada kita semua. Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa. Malah si peminum arak itu sendiri akan mengalami kecederaan atau kecacatan pada anggota tubuh badannya, kurang siuman sekiranya mengenai bahagian otaknya paling malang lagi apabila membawa kepada kematian si peminum itu sendiri.


About SURAU AL-HUSNA, TAMAN SELASIH GOMBAK

Blog Surau AL-Husna DiBina oleh AJK ICT Surau Al-Husna, Taman Selasih Fasa 1, Gombak Selangor. Semoga dengan ada Blog ini menjadi tempat Informasi Aktiviti-Aktiviti Surau serta Boleh mendalami ilmu-ilmu agama dan juga pelbagai info.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply