Ads

Random Posts

Powered by Blogger.

BERITA

SUDUT ILMIAH

POSTER

PHOTO

Racing

News

POSTER

» » » 15 Azab Kerana Mencuaikan Solat



Sesetengah ulamak berkata bahawa terdapat dalam hadith,
sesiapa yang menjaga solatnya maka ALLAH akan mengurniakan 5 keistimewaan

1. Diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2. Dihindarkan daripada azab kubur.
3. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4. Melintasi titian sirat sepantas kilat
5. Memasuki syurga tanpa hisab.

Sesiapa meringan-ringankan solat, ALLAH S.W.T akan menyeksanya dengan 15 seksaan. 5 seksaan di dunia ini, 3 seksaan ketika meninggal dunia, 3 seksaan di dalam kubur dan 3 seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.

Seksaan semasa di dunia ialah:

1. Dicabut keberkatan umurnya.
2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3. ALLAH tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak diterima)
5. Dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.

Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:

1. Dia akan mati dalam keadaan hina.
2. Dia mati dalam keadaan lapar.
3. Dia akan mati dalam keadaan dahaga. Sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.

Seksaan yang akan menimpanya ketika di dalam kubur ialah:

1. kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu  sama lain.
2. Api akan dinyalakan dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam.
3. Seekor ular yang besar bernama “Ashsyuja ' ul-aqra” akan dilepaskan keatasnya.

Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat dari besi. Panjang setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir “ aku Ashsyuja ' ul-aqra “ aku diperintah oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat zohor hingga asar, kerana meninggalkan solat asar hingga maghrib, kerana meninggalkan solat maghrib hingga isyak kerana meninggal solat isyak hingga subuh “

setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam terbenam ke dalam bumi sejauh 70 hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur.

Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat di padang mahsyar ialah:

1. Penghisabannya amat berat
2. Dimurkai ALLAH.
3. Dia akan dimasukkan ke dalam neraka

Dalam satu riwayat yang lain disebutkan bahawa mereka yang melalaikan solat, pada hari kiamat akan datang dalam keadaan muka mereka tertulis 3 baris tulisan;

1. Wahai orang yang mensia-siakan hak ALLAH.
2. Wahai orang yang pasti mendapat kemurkaan ALLAH.
3. Sebagaimana kamu di dunia mensia-siakan ALLAH. Kini putuslah harapan kamu daripada rahmat ALLAH.

oleh: http://halamanzaman.blogspot.com

About SURAU AL-HUSNA, TAMAN SELASIH GOMBAK

Blog Surau AL-Husna DiBina oleh AJK ICT Surau Al-Husna, Taman Selasih Fasa 1, Gombak Selangor. Semoga dengan ada Blog ini menjadi tempat Informasi Aktiviti-Aktiviti Surau serta Boleh mendalami ilmu-ilmu agama dan juga pelbagai info.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply