Percaya atau tidak, sifat merendah diri merupakan sesuatu yang sukar wujud dalam diri... tak perlu dilihat pada orang lain, saya sendiri pun adakalanya sukar memahat sifat ini dalam diri saya.... Namun kita harus sentiasa mencuba yang terbaik untuk memperbaiki diri...
Untuk mendidik diri sendiri agar memiliki sifat rendah diri bukanlah perkara mudah... terutama sekali bila berdepan dengan mereka yang kita rasakan lebih rendah ilmu atau pangkat dari kita... dengan golongan yang hebat-hebat tau pulak kita merendah diri kerana terasa kekurangan diri yang kita miliki... padahal perkara ini tak seharusnya terjadi.... kerana kita semua sedia maklum, Allah tidak memandang kepada pangkat dan darjat... yang terbaik disisi Allah adalah mereka yang sempurna amalan ibadahnya.... tetapi mengapa perasaan sombong dan bangga diri tu tetap wujud dalam hati.....
Sifat merendah diri ialah suatu sifat yang mengakui kebenaran dan menerima kebenaran tersebut , tiada rasa sombong dengan segala yg ada pada dirinya dan merasa rela hati kerana dapat menerima kebenaran/pandangan tidak kira daripada sesiapa pun. Ianya terhasil daripada kemanisan iman.
Beberapa pandangan ulama' berkaitan sifat tawadhu' ialah;
- Bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan takabbur (sombong). Tawadhuk adalah satu sifat orang mukmin yang termasuk 'siddiq
- Orang yang patuh dan taat menerima yang benar serta menerima kebenaran itu walau dari sesiapa pun
- Tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain.
Orang yang yang tidak pernah mendabik dada, orang yang bersifat lemah lembut dan hormat pada sesiapa pun, meskipun orang yang miskin dan tidak berpangkat.
Sifat yang tegas, hanya 'menerima yang hak dan menolak yang batil - Satu tekad kesungguhan dalam mencapai yang benar."
Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:
Maksudnya;"Barangsiapa tawadhuk(merendah diri) kerana Aku(Allah) seperti begini: ia itu Rasulullah menunjukkan dengan menelangkupkan tangannya ke Bumi, nescaya Aku angkat seperti ini(ia itu Rasulullah membalikkan tangannya ke arah langit)."
(Abu Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani)
(Abu Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani)
Allah berfirman dalam surah Al Furqan ayat 63
Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ia lah orang yang berjalan di atas muka Bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."

Antara perilaku orang yang tawadhu' ialah;
- Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
- Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
- Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
- Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang ia ada kelas tersendiri.
- Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
- Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
- Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.
- Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
- Segera minta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
- Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
- Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.
Siapa yg paling tinggi sifat tawadhu?
Sudah tentulah Nabi Muhammad saw. Terdapat banyak firman serta hadith berkaitan dengan sifat merendah diri ini.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
“Sungguh telah ada bagi kalian pada diri Rasul teladan yang baik.” (Al-Ahzab: 21)
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu yaitu orang-orang yang beriman.” (Asy-Syu’ara: 215).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri sehingga seseorang tidak menyombongkan diri atas yang lain dan tidak berbuat zhalim atas yang lain.” (Shahih, HR Muslim no. 2588).
Rasulullah, adalah contoh yang paling tepat dan tinggi sikap tawaddhunya dari segi karaktornya sebagai suami, pemimpin, sahabat, ayah, anak dan banyak lagi. Sebagai contoh: Baginda tidak mengguna- kan apa yg ada pada dirinya untuk menjadi suami yang ego dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri-isteri baginda di dalam hal-rumahtangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa pemimpin untuk menindas dan menganaiya rakyat jelata. Baginda juga tidak pernah membalas setiap cacian dan cercaan org-org kafir. Baginda sering menghampiri dan berkawan dengan org-org miskin dan anak-anak yatim.
“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah karena mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai dari padanya” (QS. Al-A’raaf/7 : 146).
Bagaimana mengamalkan sifat ini:
1) Perbualan
Jika berada di dalam sesuatu perbualan/perdebatan, maka sekiranya kita dipihak yg benar tetapi ada pihak yg berbeza pendapat, maka eloklah kita mendiamkan diri dari berterusan dengan perdebatan tersebut (walaupun kita di pihak yg benar).

Ganjarannya amat besar di sisi Allah swt.
Menurut hadis Nabi jika kita beralah di dalam sesuatu perdebatan, kita akan mendapat rumah syurga yg paling bawah sekali. Pahalanya pula berbeza jika:
Kita di pihak yg benar, tetapi mengalah - kita akan mendapat 2 ganjaran pahala.
Kita di pihak yg salah dan dapat menerima teguran/pendapat - kita akan mendapat 1 ganjaran pahala.
2) Pergaulan
Hampiri orang-orang miskin atau yang lebih rendah status.
Jangan memandang hina kepada mereka.
Jika tiada, maka hendaklah kita mencari org-org miskin ini.
Terima undangan mereka dengan hati yg gembira.
Rasulullah saw bersabda : Tidak akan masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan, walaupun seberat biji sawi (HR. Muslim).
3) Pakaian
Berpakaian yg sederhana.
Tidak bermegah seperti kehidupan zaman jahiliyah dengan pakaian yg mengheret lantai. Seperti contoh:
Zaid bin Wahab berkata, “Saya meilhat Umar bin Khatab ra menuju pasar dengan membawa susu dan mengenakan pakaian yang padanya terdapat empat belas tambalan, sebagiannya tertambal dengan kulit binatang”.
4) Banyakan berzikir.
Sebutlah nama Allah swt sebanyak yg boleh.
Jika berupaya, sebutlah biar ia kedengaran tanpa rasa riak sebaliknya
merasa Allah swt sentiasa Maha Agung di hati kita.
5) Kurang kan bercakap.
Rasullah berpesan: Hati yg lurus mempunyai lidah yang lurus.
6) Bertaubat dan bermaafan
Bertaubat dengan Allah swt.
Bermaafan sesama manusia tidak kira masa dan tempat.
7) Menangis di hadapan Allah swt.
Perlu bersendirian , menangis dan merasakan rasa kehambaan terhadap Allah swt.
Ini dapat merawat kalbu.
8) Mengamalkan solah-solah sunat.
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha utk menjadi orang yg bertawadhu.
Siapalah kita utk mendabik dada? Setiap apa yg kita perolehi, datangnya dari Allah swt. AllahhuAkahbar, SubhanaAllah, Alhamdullilah.
Semoga semua sifat sifat ri'ya, sombong, taabur dihilangkan di dalam hati kita. Amiin. Segalanya datangnya dari Allah swt. Hatta, berpeluangnya kita melihat mentari keesokan harinya adalah dengan izinNya, berpeluang menyuap makanan pun adalah nikmat dariNya. Semoga Allah swt tidak menarik nikmat-nikamt yg telah dipinjamkan kpd kita.
Wahb bin Munabbih t berkata, “Sesungguhnya ilmu dapat membuat seseorang sombong sebagaimana harta.”
Masruq t berkata, “Cukuplah seseorang dikatakan berilmu jika ilmu tersebut membuahkan rasa takut kepada Allah . Sebaliknya, cukuplah seseorang dianggap bodoh tatkala membanggakan diri dengan ilmunya.”
Abu Wahb al-Marwazi t berkata, “Aku bertanya kepada Ibnul Mubarak tentang kesombongan. Beliau menjawab, ‘(Kesombongan) adalah engkau meremehkan dan merendahkan manusia.’
Kemudian aku bertanya kepadanya mengenai ujub (bangga diri). Beliau pun menjawab, ‘(Ujub) adalah engkau memandang bahwa dirimu memiliki sesuatu yang tidak ada pada selainmu’.”
Ibnu Abdil Barr t berkata, “Di antara adab seorang alim yang paling utama adalah bersikap rendah hati (tawadhu’) dan tidak ujub, yakni merasa sombong, bangga, dan terkagum-kagum terhadap ilmu yang dimilikinya.
Adab berikutnya, ia berusaha menjauhi kecintaan akan kepemimpinan dengan sebab ilmunya.”
Al-Baihaqi t berkata, “Ketahuilah, fondasi dari suatu kedudukan adalah senang tersebarnya reputasi, cinta ketenaran, dan kemasyhuran, padahal itu merupakan bahaya yang sangat besar.
Adapun keselamatan itu terdapat pada lawannya, yakni menjauhi ketenaran.”
Para ulama tidak bertujuan mencari kemasyhuran. Tidak pula mereka menampakkan dan menawarkan diri untuk tujuan tersebut. Mereka juga tidak menempuh sebab-sebab yang menyampaikan ke arah sana.
Apabila ternyata kemasyhuran tersebut datang dari sisi Allah , mereka berusaha melarikan diri darinya. Mereka lebih mengutamakan ketidaktenaran.
(an-Nubadz fi Adabi Thalabil Ilmi hlm. 185—186)
(an-Nubadz fi Adabi Thalabil Ilmi hlm. 185—186)
Oleh yang demikian wahai sahabat.... aku bermohon kepadamu sahabat... tegur lah aku, nasihati lah aku, ingatkan lah aku sekiranya aku ini tersasar dari landasan sifat merendah diri... tunjukkan lah aku jalan yang benar dan janganlah menjauhi diriku ini... dampingilah aku, ajarkan lah aku ilmu yang baik lagi berguna... moga kita mampu menggapai kemanisan iman dan kecintaan Allah taala... terima kasih sahabat...
No comments